TANGKAK: Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan lemas di dalam sebuah kolam di Kampung Batu 18 Sengkang, Bukit Gambir di sini hari ini.
Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata mangsa berusia 17 tahun dijumpai terapung di kolam sedalam kira-kira 15 kaki (4.57 meter) yang terletak 100 meter dari kediaman mangsa di kampung itu, pada 6.47 pagi tadi.
"Ahli keluarga mangsa menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir memaklumkan mangsa dijumpai terapung di dalam kolam buatan manusia itu yang digunakan pekebun sayur untuk mengambil air bagi tanaman mereka.
"Pasukan Keluaran Operasi bertindak ke lokasi kejadian dan melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang lemas dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
BBP Bukit Gambir menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada 8.42 malam tadi dan anggota membuat pencarian di sekitar kawasan rumah mangsa dan tempat berhampiran pada jarak dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.
Rafiah berkata remaja itu dan kakaknya ke kolam berkenaan pada 3.30 petang dan mereka kemudian pulang ke rumah sebelum ahli keluarga menyedari mangsa tiada di rumah pada 4.30 petang, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
BBP Bukit Gambir menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada 8.42 malam tadi.- Gambar hiasan
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Perjalanan terakhir: Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis.
Protes universiti: Pelajar Harvard tamat pengajian protes untuk Gaza
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Suami isteri dipenjara 5 tahun lakukan amang seksual remaja OKU
Sepasang suami isteri masing-masing dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 14 tahun.
Remaja OKU hilang ditemukan maut dalam longkang
Polis sebelum itu menerima laporan daripada bapa mangsa yang memaklumkan tentang kehilangan anaknya di Balai Polis Parit Buntar pada Rabu.
Remaja OKU maut disambar petir ketika main bola sepak
Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut dipanah petir ketika bermain bola sepak ketika hujan di Padang Pekan Papar, di sini, hari ini.
Remaja OKU hilang ditemukan lemas dalam kolam
Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan lemas di dalam sebuah kolam di Kampung Batu 18 Sengkang, Bukit Gambir hari ini.
Remaja OKU ditinggalkan sendirian terjatuh dari apartment
Mangsa yang terjatuh ke atas kereta mengalami kecederaan di kepala dan menerima lima jahitan selain retak pada tangan.
Timbalan Pendakwa Raya kes Bella sebak, mahkamah ditangguhkan sebentar
Mahkamah Sesyen ditangguhkan kira-kira lima minit selepas Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan perbicaraan kes Bella sebak selepas melihat tayangan video yang menunjukkan kecederaan dialaminya.
Bella hadir prosiding pengecaman di mahkamah hari ini
Kanak-kanak berusia 13 tahun itu dilihat hadir kira-kira jam 9.45 pagi.
Remaja OKU dirogol jiran
Ibu mangsa menyedari kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam, Ahad sebelum membuat laporan polis.
Remaja OKU mangsa rogol lahirkan bayi: Polis dapat petunjuk baharu
Pihak polis Kelantan masih menunggu hasil siasatan dan percaya suspek berada di sekitar rumah mangsa.
#JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda didakwa abai anak sindrom down
Siti Bainun Ahd Razali didakwa atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja perempuan Sindrom Down sehingga mengalami kecederaan pada Jun lalu.